Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesej Hari Kebangsaan disiarkan 9 Ogos bermula 10 pagi

Aug 4, 2020 | 4:38 PM
MESEJ HARI KEBANGSAAN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Mesej Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris pada 9 Ogos ini.
MESEJ HARI KEBANGSAAN: Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Mesej Hari Kebangsaan dalam bahasa Inggeris pada 9 Ogos ini. - - Foto GAVIN FOO

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan mesej Hari Kebangsaan secara langsung pada 9 Ogos ini.

Encik Lee akan berucap dalam bahasa Inggeris sementara Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pula akan menyampaikan mesej yang sama dalam bahasa Mandarin.

Mesej dalam bahasa Melayu akan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos, yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Menteri Penerangan dah Perhubungan, Encik S. Iswaran, pula akan menyampaikannya dalam bahsa Tamil.

Penyampaian Mesej Hari Kebangsaan dalam pelbagai bahasa ini akan disiarkan bermula 10 pagi menerusi saluran televisyen dan radio Mediacorp serta di laman Pejabat Perdana Menteri (www.pmo.gov.sg) dan YouTube PMO (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg