Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesej palsu CPIB tersebar di WhatsApp

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
75f6f5c9-27dc-431d-972c-d9ca17d0921d
-

BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memberi amaran mengenai dokumen palsu yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp yang mendakwa datang daripada agensi itu.

Dalam satu kenyataannya semalam, CPIB berkata pihaknya menyedari beberapa orang awam telah menerima dokumen itu yang menyatakan bahawa akaun bank individu, syarikat dan pihak ketiga akan dibekukan dalam masa 24 jam untuk siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Mereka kemudian akan diminta membayar denda.

Dalam pada itu, dokumen-dokumen tersebut mempunyai logo CPIB dan mungkin juga ditandatangani oleh pegawai CPIB.

CPIB telah meneliti dokumen-dokumen tersebut dan menyifatkannya sebagai palsu.

Terdapat beberapa isyarat jelas dalam dokumen itu yang menandakan ia palsu, termasuk kesalahan ejaan dan tatabahasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika mereka menerima mesej yang mengandungi dokumen CPIB yang meragukan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

Hubungi talian CPIB di 1800-376-0000 untuk mendapatkan bantuan untuk mengesahkan kesahihan dokumen;

Jangan mengirimkan atau memindahkan wang untuk sebarang akaun berdasarkan arahan yang mungkin disertakan dengan atau dalam dokumen tersebut; dan

Jangan memberikan maklumat peribadi dan butiran bank kepada pengirim.

Sementara itu, CPIB memandang serius terhadap penyamaran agensi awam yang bertujuan melakukan penipuan.

CPIB menasihati orang ramai afar menghubunginya jika mempunyai maklumat mengenai penipuan berdasarkan peniru dan penipuan sebegini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg