Meski hadapi pelbagai cabaran, siswazah harus orak langkah ke hadapan
Premium
Meski hadapi pelbagai cabaran, siswazah harus orak langkah ke hadapan
Dorongan dan galakan disuarakan Presiden NUS di Majlis Konvokesyen NUS
Jul 12, 2019 | 5:30 AM
SUMBANGAN MELUAS: Presiden Halimah Yacob yang juga Canselor NUS telah menganugerahkan Doktor Kehormat kepada pengasas dan CEO Ho Bee Group, Encik Chua Thian Poh, atas sumbanganya kepada masyarakat serta kemajuannya dalam meraih ilmu dan pengetahuan, yang telah memberi manfaat kepada Singapura. - Foto CMG -
RASA bimbang dalam kalangan siswazah berhubung ketidaktentuan sekitaran ekonomi ditengah-tengah gangguan terhadap pekerjaan dan kerjaya disebabkan Revolusi Industri keempat, ketegangan politik dan kesan perubahan iklim, memang sesuatu yang boleh difahami.
Meskipun cabaran ini tidak boleh dipandang rendah, tetapi adalah penting untuk siswazah terus mengorak langkah ke hadapan, tekan Presiden Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Tan Eng Chye.

