Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meski langkah selamat di Parlimen dilonggarkan, AP masih perlu jalani ujian ART

Oct 4, 2022 | 5:30 AM
48089eef-de1c-49a8-9c9a-afcb49a8f7d2
-

PARA Anggota Parlimen (AP) masih perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) sebelum menghadiri sidang Parlimen secara fizikal, meskipun langkah pengurusan selamat Covid-19 telah dilonggarkan.

Mengumumkannya semalam, Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, berkata Dewan mengambil "satu lagi langkah ke hadapan" sedang Singapura lebih waspada terhadap pandemik itu.

Para AP yang hadir kini dibenarkan duduk tanpa perlu susunan yang mengasingkan, menyusuli pelan tempat duduk yang disemak semula didedahkan di laman Parlimen.

Sebelum ini para AP duduk dan diasingkan dengan satu kerusi kosong di antara mereka, dengan sesetengah anggota terpaksa duduk di galeri awam di lantai berbeza.

"Ini juga bermakna bahawa semua anggota kini boleh makan bersama dalam satu bilik," kata Encik Tan.

Meskipun begitu, masih ada satu tahap kewaspadaan yang perlu terus dikekalkan, katanya lagi.

Para AP masih perlu menjalani ujian kendiri ART sebelum masuk ke dewan, sedang mereka yang merupakan kontak rapat kes Covid-19 namun diuji negatif, akan duduk di Galeri Speaker dalam Dewan.

Kebanyakan AP yang hadir di Sidang Parlimen semalam tidak memakai pelitup dan tidak lagi mengelap rostrum atau mikrofon selepas habis berucap - satu amalan mengawal jangkitan yang biasa diamalkan sebelum ini.

Encik Tan turut mengucapkan terima kasih kepada anggota Dewan di atas kesabaran dan kerajinan mereka dalam mematuhi langkah-langkah kawalan jangkitan sejak awal 2020.

"Usaha anda telah membenarkan kami menjalankan tugasan sebagai ahli Parlimen semasa satu tempoh kritikal bagi Singapura dan juga melaksanakan langkah pantas untuk kembali ke amalan biasa," katanya.

Encik Tan juga menambah bahawa penyesuaian lanjutan akan dibuat menurut situasi Covid-19 pada masa ini.

Kali pertama Parlimen mengenakan langkah ketat bagi Covid-19 ialah pada 25 Mac 2020 semasa penularan mula bermula.

Ketika itu, para AP perlu mengosongkan satu kerusi antara mereka, sedang sesetengah yang lain duduk di galeri di lantai lain dalam Dewan itu.

Para AP juga terpaksa memakai pelitup sepanjang masa dalam bangunan Parlimen, melainkan semasa membuat ucapan atau mengajukan soalan.

Pada awal tahun ini, bilangan AP yang tidak hadir di persidangan Parlimen bertambah memandangkan mereka diuji positif bagi koronavirus atau kemungkinan terdedah kepada mereka yang dijangkiti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg