Premium
MEWR hasilkan video hargai pekerja barisan depan
May 2, 2020 | 5:30 AM
MELUAHKAN PENGHARGAAN: Video MEWR sempena Hari Pekerja memapar pekerja perkhidmatan penting bekerja keras di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan tempoh pemutus litar. Mereka termasuk pekerja pembersihan, penjaja, pemungut sampah, pemeriksa kesihatan dan keselamatan awam, duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasa. - Foto tangkap skrin video MEWR -
SEMPENA Hari Pekerja, Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) menghasilkan sebuah video sebagai penghargaan kepada pekerja di barisan depan di Singapura.
Video itu menunjukkan pekerja perkhidmatan penting bekerja keras di tengah-tengah pandemik koronavirus Covid-19 dan tempoh pemutus litar jangkitannya, termasuk pekerja pembersihan, penjaja, pemungut sampah, pemeriksa kesihatan dan keselamatan awam, duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasa yang mungkin anda pernah temui semasa membeli barang keperluan.

