MEWR tukar nama kepada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran
MEWR tukar nama kepada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran
Jul 25, 2020 | 7:01 PM
Kementerian Sekitaran dan Sumber Air yang terletak di Bangunan Sekitaran di Scotts Road, akan dinamakan semula kepada Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. - Lim Yaohui
Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) telah dinamakan semula sebagai Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).
Ia akan diterajui oleh Cik Grace Fu, yang akan dilantik sebagai Menteri Kemampanan dan Sekitaran, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini (25 Julai).
Beliau bakal melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

