SERAMAI 699 warga dan penduduk Singapura yang berdaftar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah selamat pulang dari India hari ini dan semalam.
Disebabkan perintah berkurung yang dilaksanakan serata India, ramai perlu ke lapangan terbang di New Delhi, Mumbai, dan Chennai di mana pesawat yang ditempah khas beroperasi. Pesuruhhjaya Tinggi Singapura di New Delhi, Konsulat-Jenderal Singapura di Mumbai dan Chennai menyelaraskan usaha kepulangan dan operasi lapangan di India.
Pemerintah Singapura ingin melahirkan penghargaan kepada pemerintah India kerana memudahkan kepulangan penduduk Singapura.
Kesemua yang pulang perlu menjalani tempoh pengasingan diri selama 14 hari di tempat yang ditetapkan sebaik tiba di Singapura.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg