DUA firma tempatan yang didakwa melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang disiasat oleh pihak berkuasa di sini, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times semalam.

Laporan PBB yang dibocorkan mendakwa bahawa firma yang berpangkalan di Singapura, OCN dan T Specialist, telah membekalkan barangan mewah ke Korea Utara.