Topik diikuti
Pergi ke BHkuMFA prihatin nelayan warga S'pura terus ditahan di Tanjung Pinang
MFA prihatin nelayan warga S'pura terus ditahan di Tanjung Pinang
MFA prihatin nelayan warga S'pura terus ditahan di Tanjung Pinang

-
Apr 5, 2017 | 5:30 AM
KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) meluahkan keprihatinannya lagi tentang proses kehakiman yang berlarutan dalam kes kapten sebuah bot nelayan Singapura, Encik Shoo Chiau Huat, yang ditahan di penjara Tanjung Pinang sejak April tahun lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, MFA meminta kepada pihak berkuasa Indonesia agar kes Shoo diproses secepat mungkin supaya beliau boleh pulang ke Singapura.