Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA: Warga S'pura di St Petersburg selamat

Apr 4, 2017 | 12:06 PM
SUASANA HIBA: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, meletakkan jambangan bunga di luar stesen kereta api metro Tekhnologicheskiy Institut di St. Petersburg, Russia. - Foto REUTERS
SUASANA HIBA: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, meletakkan jambangan bunga di luar stesen kereta api metro Tekhnologicheskiy Institut di St. Petersburg, Russia. - Foto REUTERS -

SINGAPURA mengutuk serangan ganas yang berlaku di laluan kereta api metro St Petersburg semalam yang menyebabkan 11 terkorban dan 45 cedera.

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) melahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengharapkan mereka yang cedera untuk segera sembuh.

Kedutaan Singapura di Moscow telah menghubungi warga Singapura yang telah mendaftar secara elektronik di St Petersburg, dan mengesahkan kesemua mereka selamat.

Sejauh ini tiada laporan tentang warga Singapura yang terkesan secara langsung atau cedera akibat kejadian itu.

Menurut Kedutaan Singapura, ia akan terus memantau keadaan secara dekat.

Warga Singapura di St Petersburg dinasihatkan agar menghubungi keluarga atau rakan-rakan mereka agar mereka diketahui selamat.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular harus menghubungi Kedutaan Singapura di Moscow atau talian MFA di:

Kedutaan Singapura di Moscow

Tel: + 74 992 413 702

Nombor Telefon Bimbit Pegawai Bertugas: : +7 903 7222 580

Emel: singemb_mow@mfa.sg

Pejabat MFA (24 jam)

Tel: +65 63798800/8855

Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg