Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MHA akan semak rangka kerja penalti susuli kes siswa kasari temanita: Shanmugam

Jul 21, 2020 | 7:18 PM
PERDEBATAN HANGAT: Kes siswa pergigian NUS, Yin Zi Qin yang dihukum dengan perintah tahanan ringkas selama 12 hari dan 80 jam khidmat kemasyarakatan atas kesalahan mengasari bekas temanitanya menimbulkan banyak perbincangan hangat di media sosial dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kini bakal menyemak rangka kerja penalti dalam kes serupa dengan Yin. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW
PERDEBATAN HANGAT: Kes siswa pergigian NUS, Yin Zi Qin yang dihukum dengan perintah tahanan ringkas selama 12 hari dan 80 jam khidmat kemasyarakatan atas kesalahan mengasari bekas temanitanya menimbulkan banyak perbincangan hangat di media sosial dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kini bakal menyemak rangka kerja penalti dalam kes serupa dengan Yin. - Foto BH oleh WONG KWAI CHOW -

KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan menyemak rangka kerja penalti dalam perihal yang serupa dengan kes melibatkan siswa pergigian yang cuba mencekik bekas temanitanya dan menekan ibu jarinya ke mata si gadis selepas cintanya ditolak.

Semakan itu, antara lain, meninjau sejauh mana latar belakang si pesalah termasuk status pendidikannya, harus menjadi faktor relevan dalam menentukan hukuman yang diberi.

Ini didedahkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu wawancara Zoom bersama media di tengah-tengah perbincangan hangat orang ramai mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar berkenaan.

Dalam kes itu, mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Yin Zi Qin, 23 tahun, menerima hukuman perintah tahanan yang ringkas selama 12 hari dan 80 jam khidmat kemasyarakatan kerana menyerang bekas temanitanya di rumah wanita itu pada 9 Mei tahun lalu.

Yin juga diberi perintah melaporkan diri ke pusat pengawasan dan kaunseling di samping menjalani pemulihan selama lima bulan. Dia juga tidak akan memiliki rekod jenayah selepas dibebaskan.

Ramai termasuk sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) turut mengkritik hasil daripada kes tersebut dengan menegaskan hukuman terhadap Yin yang sudah digantung daripada NUS tidak setimpal dengan kesalahannya.

Encik Shanmugam yang turut menjelaskan isu ini dalam Facebooknya berkata beliau memahami secara menyeluruh perasaan orang ramai terhadap hukuman yang diberi kepada Yin. Tambahan pula, maklum balas juga diberi kepadanya oleh Anggota Parlimen wanita dan beberapa pegawainya.

Menurut Encik Shanmugam, semakan yang bakal dibuat akan meliputi tiga bahagian: penalti bagi kes sedemikian secara umum; sejauh mana latar belakang si pesalah dalam banyak faktor lain, harus relevan dalam penalti itu; dan bagaimana hukuman bagi kesalahan sebegini dibandingkan dengan kesalahan seperti mencuri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg