Premium
Blogger Amos Yee didakwa di mahkamah AS
Oct 18, 2020 | 5:30 AM
AMOS YEE: Dipercayai bertukar-tukar gambar bogel dan "ribuan" pesanan dengan seorang remaja Texas berusia 14 tahun semasa di Chicago. -
BLOGGER warga Singapura, Amos Yee, 20 tahun, telah didakwa di sebuah mahkamah di Illinois kelmarin kerana mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan The Straits Times yang menukil laporan media tempatan.
Yee, yang dipenjara dua kali di Singapura pada 2015 dan 2016 kerana ucapan kebencian berhubung agama, diberi suaka politik di Amerika Syarikat pada 2017 dan menetap di Chicago sejak itu.

