Premium
Minat sihat masyarakat dekati teknologi
Yaacob: Penting bagi warga selesa dengan teknologi yang dapat pertingkat kualiti dan gaya hidup
Nov 5, 2017 | 5:30 AM

KUNJUNGI SALAH SEBUAH GERAI: Dr Yaacob (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yayasan Mendaki, Cik Rahayu Buang (di kiri Dr Yaacob), berhenti seketika di salah sebuah gerai sewaktu Pesta Pembelajaran Mendaki di OTH semalam. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -
TERDAPAT peningkatan yang sihat dalam keinginan dan minat masyarakat Melayu/Islam setempat untuk terus mendalami dan meneroka teknologi baru.
Ini termasuk para ibu bapa yang tidak ketinggalan memainkan peranan aktif dalam memperkenalkan wadah teknologi baru seperti permainan kepada anak-anak mereka.

