Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MindChamps agih biasiswa $200,000 kepada kanak-kanak di Marine Parade

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MindChamps agih biasiswa $200,000 kepada kanak-kanak di Marine Parade

Jan 27, 2024 | 06:05 PM



Biasiswa sebanyak $200,000 telah dianugerahkan oleh MindChamps kepada 10 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan yang tinggal di GRC Marine Parade pada 27 Januari sebagai sebahagian daripada inisiatif yang bertujuan membantu kanak-kanak yang memerlukan akses kepada program selepas sekolah.

Biasiswa itu diberikan semasa majlis pembukaan rasmi pusat pengayaan selepas sekolah untuk pelajar, MindSpace oleh MindChamps, di Kinex Mall dan dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.

Bercakap semasa acara itu, Encik Tong memuji usaha MindChamps untuk membolehkan pelajar kurang berkemampuan untuk dijaga dan disokong dengan lebih baik selepas sekolah.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa dan penjaga mereka, yang kini dapat memenuhi keperluan lain seperti mencari pekerjaan untuk meraih kestabilan kewangan atau menjaga ahli keluarga yang berumur,” kata Encik Tong, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade.

Seorang suri rumah yang hadir bersama anaknya dan hanya ingin dikenali sebagai Cik Karyawati, 42 tahun, berkata:

“Saya amat gembira kerana dengan anugerah ini, anak saya dapat peluang untuk menyertai kelas selepas sekolah, yang biasanya agak sukar bagi saya. Boleh saya jimat wang dan tumpukan perbelanjaan kepada keperluan keluarga yang lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >