Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mindef henti semua latihan tentera berskala besar, termasuk Latihan Wallaby

May 12, 2020 | 3:00 PM
TENTERA BERSEDIA: Askar dilihat keluar dari perut helikopter Chinook semasa Latihan Trident, yang merupakan sebahagian Latihan Wallaby pada 2018 di Queensland, Australia.
TENTERA BERSEDIA: Askar dilihat keluar dari perut helikopter Chinook semasa Latihan Trident, yang merupakan sebahagian Latihan Wallaby pada 2018 di Queensland, Australia. - - Foto: FAIL

ANGKATAN Tentera Singapura (SAF) memutuskan untuk menghentikan semua latihan berskala besar di luar negara, termasuk Latihan Wallaby tahun ini.

Dalam kenyatannya hari ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) menyatakan, apabila keadaan bertambah baik, Singapura dapat melanjutkan kegiatan latihan berskala kecil di Australia, dengan sepenuhnya mematuhi syarat keselamatan mereka untuk mencegah penularan penyakit.

Dilancarkan pada tahun 1990, Exercise Wallaby adalah latihan tentera terbesar SAF di luar negara dan diadakan di Kawasan Latihan Teluk Shoalwater (SWBTA) di Queensland, Australia.

"Kementerian Pertahanan menghargai sokongan kuat Kerajaan Australia, Jabatan Pertahanan Australia, Angkatan Pertahanan Australia dan masyarakat tempatan di Rockhampton dan Livingstone Shire untuk latihan SAF di sana selama ini," kata Mindef dalam kenyataannya.

Tambah kementerian itu, hubungan pertahanan dua hala antara Singapura dan Australia terus kukuh.

Pembangunan bersama bidang latihan dan kemudahan latihan lanjutan di Central dan North Queensland akan mempererat kerjasama pertahanan dan memberi manfaat kepada angkatan bersenjata dan pertubuhan pertahanan selama bertahun-tahun yang akan datang.

"Kami menantikan edisi Latihan Wallaby yang akan datang," kata Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg