Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Minggu Seni S’pura kembali memukau

Feb 18, 2024 | 5:30 AM
Minggu Seni Singapura
Minggu Seni Singapura - Foto BM oleh KHALID BABA

.

(Atas) Kuil Cinta oleh Arahmaiani, Wayang Merdeka dan Milosh Lucyznski menggambarkan kisah raksasa yang muncul di tengah malam, mendatangkan malapetaka dan tanpa belas kasihan membaham dunia. Ia membawa kepada kemusnahan bangunan dan alam semula jadi, menyebabkan pergolakan dalam masyarakat. Selepas pertempuran yang panjang dan meletihkan dengan raksasa, Ibu Alam muncul dan menyembuhkan bumi dengan kuasa tangannya.
(Atas) Kuil Cinta oleh Arahmaiani, Wayang Merdeka dan Milosh Lucyznski menggambarkan kisah raksasa yang muncul di tengah malam, mendatangkan malapetaka dan tanpa belas kasihan membaham dunia. Ia membawa kepada kemusnahan bangunan dan alam semula jadi, menyebabkan pergolakan dalam masyarakat. Selepas pertempuran yang panjang dan meletihkan dengan raksasa, Ibu Alam muncul dan menyembuhkan bumi dengan kuasa tangannya. - Foto-foto BM oleh KHALID BABA
Party Pavilion oleh Howie Kim memaparkan cahaya lampu yang indah dengan imaginasi dan nostalgia berkumpul! Diilhamkan oleh Muzium Tamadun Koleksi Asia dan kehebatan taman tema, karya ini merakamkan kemeriahan zaman remaja, membolehkan pengunjung menemui semula semangat masa muda mereka.
Party Pavilion oleh Howie Kim memaparkan cahaya lampu yang indah dengan imaginasi dan nostalgia berkumpul! Diilhamkan oleh Muzium Tamadun Koleksi Asia dan kehebatan taman tema, karya ini merakamkan kemeriahan zaman remaja, membolehkan pengunjung menemui semula semangat masa muda mereka. -
(Kanan) Karya seni Kumari Nahappan, ‘Wings of Change’, menampilkan karya yang berupa biji saga, melambangkan kemungkinan yang tidak berkesudahan manakala biji saga bercahaya melambangkan tenaga dan harapan. Karya seni ini menarik perhatian kepada pokok saga, yang populasinya telah berkurang saban tahun. Ia menekankan tentang keperluan mendesak untuk pemeliharaan, pemuliharaan dan kemampanan dalam dunia hari ini, khususnya dalam konteks iklim berubah. Untuk melengkapkan karya seni, Kumari menjemput penonton untuk mengambil bahagian dengan berjalan mengikut arah jam mengelilingi biji saga, untuk menggalakkan hidup pada masa kini, mengikuti arus dan membuat perubahan positif.
(Kanan) Karya seni Kumari Nahappan, ‘Wings of Change’, menampilkan karya yang berupa biji saga, melambangkan kemungkinan yang tidak berkesudahan manakala biji saga bercahaya melambangkan tenaga dan harapan. Karya seni ini menarik perhatian kepada pokok saga, yang populasinya telah berkurang saban tahun. Ia menekankan tentang keperluan mendesak untuk pemeliharaan, pemuliharaan dan kemampanan dalam dunia hari ini, khususnya dalam konteks iklim berubah. Untuk melengkapkan karya seni, Kumari menjemput penonton untuk mengambil bahagian dengan berjalan mengikut arah jam mengelilingi biji saga, untuk menggalakkan hidup pada masa kini, mengikuti arus dan membuat perubahan positif. -

(Atas) Karya bertajuk ‘Laluan’ atau ‘Passage’ oleh pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) di Muzium Tamadun Asia membayangkan semula sejarah Singapura sebagai bandar pelabuhan, melalui perspektif mangkuk seramik, sejak permulaan sejarah perdagangan negara ini. Dibangunkan oleh pasukan Seni Visual Tahun 4 dan 5, Pelajar Seni dan Muzik Sota, ia  diilhamkan oleh objek yang ditemui di Muzium Tamadun Asia, termasuk mangkuk seramik dari Kapal Karam Tang, serta porselin biru ikonik dan seramik Peranakan. Motif yang berwarna-warni dan corak menarik dalam setiap mangkuk mempamerkan metamorfosis Singapura daripada pelabuhan perdagangan ke bandar merdeka.
(Atas) Karya bertajuk ‘Laluan’ atau ‘Passage’ oleh pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) di Muzium Tamadun Asia membayangkan semula sejarah Singapura sebagai bandar pelabuhan, melalui perspektif mangkuk seramik, sejak permulaan sejarah perdagangan negara ini. Dibangunkan oleh pasukan Seni Visual Tahun 4 dan 5, Pelajar Seni dan Muzik Sota, ia diilhamkan oleh objek yang ditemui di Muzium Tamadun Asia, termasuk mangkuk seramik dari Kapal Karam Tang, serta porselin biru ikonik dan seramik Peranakan. Motif yang berwarna-warni dan corak menarik dalam setiap mangkuk mempamerkan metamorfosis Singapura daripada pelabuhan perdagangan ke bandar merdeka. -
(Kiri) Winter Sonata, Summer Mookata oleh Knuckles & Notch membawa anda ke arah yang nyata dan perjalanan yang mencabar minda yang menerokai selok-belok kewujudan manusia dan kesedaran rohani menerusi visual menarik.  Artis mendapat inspirasi daripada budaya pop, komik, filem, anime, cereka sains serta falsafah, dan menggunakan gabungan teknik animasi digital dan analog.
(Kiri) Winter Sonata, Summer Mookata oleh Knuckles & Notch membawa anda ke arah yang nyata dan perjalanan yang mencabar minda yang menerokai selok-belok kewujudan manusia dan kesedaran rohani menerusi visual menarik. Artis mendapat inspirasi daripada budaya pop, komik, filem, anime, cereka sains serta falsafah, dan menggunakan gabungan teknik animasi digital dan analog. -
(Kiri) Landskap Bersulam oleh SISTRUM di Panggung Victoria dan Dewan Konsert Victoria ini mendapat inspirasi daripada pakaian dan muzik ‘jie xi’, sejenis Opera Cina, yang semakin hilang dari jalanan Singapura. Setiap pakaian opera adalah seperti landskap dalam sendirinya. Menggunakan visual animasi dan muzik elektronik, projek ini membayangkan semula bahagian hadapan Panggung Victoria dan Dewan Konsert Victoria untuk mencipta landskap bandar baharu yang menggabungkan seni vernakular dan kontemporari.
(Kiri) Landskap Bersulam oleh SISTRUM di Panggung Victoria dan Dewan Konsert Victoria ini mendapat inspirasi daripada pakaian dan muzik ‘jie xi’, sejenis Opera Cina, yang semakin hilang dari jalanan Singapura. Setiap pakaian opera adalah seperti landskap dalam sendirinya. Menggunakan visual animasi dan muzik elektronik, projek ini membayangkan semula bahagian hadapan Panggung Victoria dan Dewan Konsert Victoria untuk mencipta landskap bandar baharu yang menggabungkan seni vernakular dan kontemporari. -

Minggu Seni Singapura kembali pada 2024, dengan pelbagai acara seni yang meraikan perpaduan dan kebanggaan masyarakat seni yang pelbagai di negara ini. Kini dalam edisi ke-12, sambutan ini berlangsung dari 19 Januari hingga 8 Februari dengan lebih 150 acara dan 400 artis tempatan dan antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg