Topik diikuti
Pergi ke BHkuMinLaw usul pindaan pertingkat proses timbang tara antarabangsa
PUSAT TIMBANG TARA: Bangunan Maxwell Chambers sebuah bangunan bersejarah, yang dipulihara, kini merupakan pusat timbang tara antarabangsa. - Foto fail -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 2, 2020 | 5:30 AM
KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) semalam mengemukakan beberapa saranan untuk mempertingkat kedudukan Singapura sebagai sebuah hab timbang tara komersial antarabangsa dan memperkukuh rangka kerja undang-undang bagi penimbangtaraan antarabangsa.
Antara lain, kementerian itu mengusulkan satu kaedah lalai dalam pelantikan tribunal timbang tara tiga anggota bagi situasi penimbangtaraan yang melibatkan pelbagai pihak.
