Topik diikuti
Pergi ke BHkuMisi bantuan SAF ke Palu selamat kembali ke tanah air
Misi bantuan SAF ke Palu selamat kembali ke tanah air
Misi bantuan SAF ke Palu selamat kembali ke tanah air
PULANG: Pasukan SAF yang dikerah ke Indonesia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan di sana menyusuli gempa bumi dan tsunami di Palu baru-baru ini selamat pulang ke tanah air di Pangkalan Udara Paya Lebar semalam. - Foto MINDEF -
Oct 27, 2018 | 5:30 AM
PASUKAN Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dikerah ke Indonesia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi, baru-baru ini selamat pulang ke tanah air semalam.
Kepulangan pasukan SAF itu disambut Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong bersama pegawai kanan SAF termasuk Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Mervyn Tan, di Pangkalan Udara Paya Lebar.