Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Misi bimbing pesalah wanita kembali ke pangkuan masyarakat

Sep 7, 2022 | 5:36 AM
BERSEMANGAT MAHU KHIDMAT: Kakitangan Rumah Peralihan Rise Above (duduk, dari kiri) Eksekutif Operasi, Cik Mariam Bevi Mohamed Kuti; Penolong kanan pekerja sosial, Cik Nur Hamizah Abdul Rahim; Ketua Rumah Peralihan, Cik Rina Arip Wee (dari SPS); Pentadbir Eksekutif, Cik Maisara Roseli; (berdiri, dari kiri) Eksekutif Operasi, Cik Siti Faizah Abdullah; Ketua Operasi, Cik Nur Syaheedah Ali; Pengurus Pusat, Cik Saleha Rashidi; dan Pekerja Sosial, Cik Seah Jie Xi. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR
BERSEMANGAT MAHU KHIDMAT: Kakitangan Rumah Peralihan Rise Above (duduk, dari kiri) Eksekutif Operasi, Cik Mariam Bevi Mohamed Kuti; Penolong kanan pekerja sosial, Cik Nur Hamizah Abdul Rahim; Ketua Rumah Peralihan, Cik Rina Arip Wee (dari SPS); Pentadbir Eksekutif, Cik Maisara Roseli; (berdiri, dari kiri) Eksekutif Operasi, Cik Siti Faizah Abdullah; Ketua Operasi, Cik Nur Syaheedah Ali; Pengurus Pusat, Cik Saleha Rashidi; dan Pekerja Sosial, Cik Seah Jie Xi. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -

LAPAN wanita yang datang daripada latar belakang berbeza namun berkongsi matlamat sama - membimbing pesalah wanita memperbaiki diri dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Mereka adalah kakitangan Rumah Peralihan Rise Above - rumah peralihan wanita kedua di Singapura kendalian Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang bakal menerima penghuni pertamanya tak lama lagi selepas selesai kerja ubah elok baru-baru ini.

Terletak di 1 St George's Lane, ia juga rumah peralihan sekular wanita pertama di bawah model Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Pasukan semua wanita itu merangkumi tiga daripada pihak pengurusan, lagi tiga daripada bahagian operasi, seorang pekerja sosial serta seorang pentadbir.

Mereka akan menerima sembilan penghuni pertamanya menjelang hujung bulan ini.

Pengurus pusat, Cik Saleha Rashidi, 36 tahun, berkata kumpulan itu bersemangat mahu mengendali program pemulihan khusus kaum Hawa ke arah kebaikan dan kesejahteraan diri.

"Sejak awal kami merancang pengendalian pusat ini agar setiap kakitangan dididik dan dilatih supaya dapat menyokong pusat ini bagi menggalak pembinaan dan perbaikan diri, dan bukannya sebagai penjara kedua," katanya.

Berupaya menampung sehingga 30 penghuni, program rumah peralihan itu antara lain merangkumi sesi muhasabah secara berkumpulan, mendidik kemahiran hidup harian dan pekerjaan, menjalin hubungan baik dengan keluarga serta rekreasi yang diaturkan khusus buat kaum Hawa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg