Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Misteri punca gangguan kereta api Laluan Circle dihurai

Nov 11, 2016 | 2:38 PM
Penumpang menunggu di dalam kereta api tidak bergerak di stesen Marymount pada 2 November 2016, apabila perkhidmatan Laluan Circle terjejas dek kerosakan isyarat.
Penumpang menunggu di dalam kereta api tidak bergerak di stesen Marymount pada 2 November 2016, apabila perkhidmatan Laluan Circle terjejas dek kerosakan isyarat. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

MISTERI di sebalik gangguan yang menjejas perkhidmatan kereta api Laluan Circle selama beberapa hari baru-baru ini telah dihurai.

Ia sebenarnya berpunca daripada sebuah kereta api yang mempunyai hardwe pengisyaratan rosak.

Kereta api No. 46 itu mula diletak dalam perkhidmatan hanya tahun lepas. Ia kini telah dikeluarkan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata tiada kereta api lain didapati mempunyai kerosakan itu, namun ia akan melakukan lebih banyak pemeriksaan.

Difahamkan bahawa jurutera di Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) membantu menghuraikan misteri kerosakan isyarat yang menyebabkan perkhidmatan kereta api di Laluan Circle terganggu.

Pada akhir Ogos, satu gangguan isyarat misteri menyebabkan kelajuan kereta api menjadi perlahan, hingga menyebabkan kekerapan perkhidmatan dikurangkan selama seminggu.

Masalah sama muncul lagi bulan ini semasa waktu sibuk pagi, menyebabkan gangguan selama tiga jam yang menjejaskan beribu-ribu penumpang.

Minggu lalu, syarikat pengendali telekomunikasi menggantung sementara perkhidmatan mudah alih di Laluan Circle untuk membantu siasatan bagi menentukan sumber gangguan isyarat tersebut.

Semasa penggantungan itu, pengguna tidak boleh membuat panggilan, mengirim teks atau mengakses Internet.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg