Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MKAC lantik pengarah eksekutif

Jun 18, 2024 | 5:30 AM
Pengarah eksekutif Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Firdaus Mohd Abdullah (kiri), bersama Ustaz Haron Hassan Akhtar (kanan) yang akan terus menyandang jawatan sebagai duta MKAC  ketiga sejak 2021.
Pengarah eksekutif Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Encik Firdaus Mohd Abdullah (kiri), bersama Ustaz Haron Hassan Akhtar (kanan) yang akan terus menyandang jawatan sebagai duta MKAC ketiga sejak 2021. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Bermula sebagai Pembantu Tadbir Eksekutif Pentadbiran pada 2019, Encik Firdaus Mohd Abdullah kini menjadi pengarah eksekutif Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC).

Ustaz Haron Hassan Akhtar pula akan terus menyandang jawatan sebagai duta MKAC sejak 2021. Ustaz Haron, 61 tahun, merupakan duta MKAC yang ketiga.

Semasa lawatan ke Berita Harian (BH), Encik Firdaus berkongsi bahawa perjalanan beliau di MKAC bermula pada Mac 2019 sebagai pekerja biasa – bermula sebagai pembantu tadbir eksekutif pentadbiran dan kemudian dilantik sebagai pengurus eksekutif.

Beliau kemudian menjadi ketua pegawai operasi, ketua pegawai eksekutif dan kini, pengarah eksekutif. 

“Sebelum MKAC, saya bekerja sebagai guru tadika di Masjid Mujahidin,” ujar beliau yang juga merupakan mangsa barah.

Encik Firdaus berkata:

“Saya menghidap leukemia semasa masih muda dan telah menjalani pembedahan. Dengan latar belakang penyakit kronik, saya mampu berasa empati dan memahami perjuangan yang dilalui pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik.”

Dengan jawatan baru yang disandang, beliau “berharap dapat teruskan amal jariah yang telah dikembangkan oleh Encik Ameerali Abdeali, presiden MKAC”.

Ustaz Haron pula berkata peranannya sebagai duta MKAC merupakan satu peluang menyumbang kepada masyarakat.

“Saya rasa saya telah ditempatkan dalam posisi yang sesuai untuk membantu mereka dan memberi mereka motivasi agar mereka kekal positif terhadap kehidupan dan tidak mudah menyerah,” kongsi Ustaz Haron.

Menekankan bahawa golongan pesakit ginjal tidak bersendirian, Ustaz Haron berkata MKAC sedia membantu dan “sentiasa membuka pintu kami bagi segala jenis masalah yang mereka ada” dan akan “sentiasa bersedia untuk memperluaskan skop bantuan dan perkhidmatan yang kami tawarkan”.

Setelah hampir empat tahun menggalas tanggungjawab sebagai duta MKAC, beliau akan mempertimbangkan menggunakan pendekatan media sosial dan meneroka pendekatan lain.

Melalui pendekatan media sosial, ia dapat “meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang golongan ini; sesetengahnya menderita dalam senyap dan perlu diberikan perhatian,” kata Ustaz Haron.

“Selagi khidmat saya masih diperlukan, saya akan memberikan yang terbaik untuk terus menghulurkan bantuan dan sokongan kepada penerima manfaat MKAC,” tambah beliau.

Ditubuhkan sejak 2004, MKAC menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg