KEPUTUSAN bagi pemilihan sekolah menengah akan dikeluarkan pada Selasa depan mulai 9 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).
Keputusan tersebut boleh diperolehi menerusi saluran-saluran berikut:
- Kiriman pesanan teks ringkas (SMS), sekiranya nombor telefon disertakan semasa proses permohonan
- Sistem Internet (SI);
- Di sekolah rendah murid
Pada tahun-tahun sebelumnya, para pelajar akan melaporkan diri di sekolah menengah masing-masing sehari selepas menerima keputusan tersebut. Di tengah-tengah situasi Covid-19, para pelajar tidak perlu berbuat demikian pada tahun ini, menurut MOE.
Sebaliknya, para pelajar harus merujuk kepada laman sekolah menengah masing-masing mulai 22 Disember bagi mendapatkan butiran lanjut seperti arahan untuk membeli buku dan uniform sekolah, mendapatkan senarai buku serta butiran selanjutnya sebelum melaporkan diri di sekolah.
Ibu bapa bagi kohort baru pelajar Menengah 1 yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa atau Parents Gateway juga akan menerima arahan dari sekolah menengah anak mereka mulai tarikh yang sama.
"Jika para pelajar tidak dapat melaporkan diri di sekolah menengah masing-masing pada hari pertama penggal persekolahan pada 4 Januari 2021 atas sebab yang munasabah, mereka boleh menghubungi sekolah menengah masing-masing untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tempat di sekolah itu dan sekolah berkenaan akan menyimpan slot itu untuk mereka," tambah MOE.
Ibu bapa dan pelajar boleh merujuk kepada laman MOE untuk butiran lanjut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg