Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

MOE perhalusi bahan CCE isu Israel-Hamas, guru diberi sokongan tambahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE perhalusi bahan CCE isu Israel-Hamas, guru diberi sokongan tambahan

Maklum balas,
keprihatinan ibu bapa, guru
dipandang serius MOE
Mar 04, 2024 | 09:33 PM



Bahan pelajaran Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) mengenai konflik Israel-Hamas akan disesuaikan lagi berdasarkan kumpulan umur pelajar, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Beliau menambah bahawa guru juga akan menerima sokongan tambahan dan kaedah pengajaran akan diperbaiki agar pendidik lebih bersedia untuk melibatkan pelajar mereka dalam pelajaran CCE itu.

Bagi murid lebih muda, bahan pengajaran akan lebih dipermudahkan.

Mereka akan terus didedahkan kepada nasib mangsa yang tidak bersalah, bagaimana mereka boleh menyatakan simpati dan empati dengan orang lain, dan bagaimana mereka boleh menguruskan emosi mereka mengenai konflik itu.

Bagi pelajar lebih matang pula, bahan pengajaran akan merangkumi kejadian lebih terkini serta kepentingan nasional Singapura.

Ini termasuk menjelaskan kepada pelajar tentang pendirian berprinsip Singapura mengenai isu Israel-Palestin selama berdekad, bagaimana Singapura telah mengundi menyokong resolusi yang menyeru gencatan senjata segera di platform antarabangsa dan bagaimana Singapura akan terus memainkan peranan terhadap usaha antarabangsa mencapai penyelesaian dua negara antara Israel dengan Palestin, kata Encik Chan.

Berucap di Parlimen semasa perbahasan perbelanjaan kementeriannya pada 4 Februari, Encik Chan berkata:

“Kami pastinya akan terus mencerminkan kepelbagaian pandangan dalam masyarakat dalam bahan pelajaran kami kerana ia merupakan matlamat pembelajaran utama untuk pelajar kami memahami cara mengurus perbezaan dan kepelbagaian dengan hormat dan sensitif.

“Semana mungkin, kami juga akan membentuk bahan pelajaran untuk mengelakkan bahagian diambil di luar konteks secara selektif.

“Selain mengemas kini bahan, kami juga akan melengkapkan guru dengan lebih baik untuk melibatkan pelajar mereka dalam pelajaran CCE ini.

“Bagi guru yang mahukan sokongan tambahan, kami akan menganjurkan bengkel CCE tambahan untuk mereka membincangkan rancangan pengajaran dengan pakar dan guru berpengalaman.

MOE juga melakukan usaha yang lebih meluas untuk melatih guru mengajar CCE seperti dengan membangunkan Pusat Singapura untuk CCE yang ditubuhkan pada Mei 2023 di Institut Pendidikan Nasional untuk menyokong pembangunan profesional pendidik CCE, tambahnya.

Beliau berkata beberapa sekolah telah menggunakan pendekatan baik yang telah meningkatkan mutu penyampaian pelajaran CCE itu, memandangkan kepelbagaian latar belakang dan pengalaman guru mereka.

“Bagi topik sensitif seperti konflik Israel-Hamas, mempunyai guru daripada latar belakang dan kepercayaan yang berbeza untuk mengendalikan pelajaran bersama-sama juga merupakan contoh yang kuat kepada pelajar kita – walaupun kita mempunyai kepercayaan yang berbeza, kita boleh berkumpul sebagai rakyat Singapura untuk berbincang topik kompleks secara sensitif dan penuh hormat,” katanya.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk AP parti pembangkang, Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) telah mengajukan soalan susulan berikutan ucapan Encik Chan.

Encik Giam berkata beliau menyokong perbincangan isu sensitif nasional dan antarabangsa di dalam bilik darjah dan memberi saranan agar pelajaran CCE sedemikian dilakukan dalam kumpulan pelajar kecil agar terdapat lebih banyak peluang untuk perbincangan dan dialog antara guru dengan pelajar serta sesama pelajar sendiri.

Ini merupakan kali kedua Encik Chan bercakap mengenai topik pelajaran CCE itu dalam tempoh kurang dua minggu.

Pengajaran CCE berhubung konflik Israel-Hamas mendapat perhatian awam selepas beberapa kumpulan ibu bapa berkongsi pengalaman anak-anak mereka di media sosial, dan mempersoal kesesuaian topik itu bagi anak-anak mereka. Ada juga yang mempertikai sama ada bahan yang diajarkan merangkumi gambaran yang tepat mengenai konflik.

Encik Chan menekankan bahawa CCE diajar di sekolah kerana adalah penting untuk membina identiti nasional di tengah-tengah kuasa yang lebih besar, termasuk kuasa tamadun dan agama pada mana masyarakat berbilang kaum dan agama kita didedahkan.

“Kita tahu bagaimana media sejagat dan sosial, berita dan berita palsu, bersaing setiap saat untuk menarik rakyat kita ke arah yang berbeza, mencabar usaha kita untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

“Kita tidak mempunyai masa... untuk melindungi orang kita, termasuk dan terutamanya pelajar muda kita. Kita perlu melengkapkan warga kita, bermula dengan anak muda, dengan kemahiran dan nilai untuk mengemudi dunia yang pantas, sering memecah belah dan mengelirukan ini,” kata Encik Chan.

Beliau akur terdapat saranan menghentikan pelajaran CCE berkaitan peperangan Israel-Hamas itu. Menegaskan bahawa semua maklum balas dan keprihatinan yang disuarakan dipandang serius oleh kementeriannya, Encik Chan menambah:

“Tetapi adakah ini lebih baik untuk pelajar dan masyarakat kita dalam jangka masa panjang?

“Jika kita bersetuju dengan tujuan CCE, maka kita mesti terus berusaha untuk memperbaiki penyampaian kita. Kami komited sepenuhnya untuk melengkapkan guru untuk membantu anak-anak kami mengharungi dunia yang kompleks ini dengan lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >