MOE: Sekolah mula 4 Jan tahun depan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOE: Sekolah mula 4 Jan tahun depan

Aug 12, 2021 | 5:30 AM

MOE: Sekolah mula 4 Jan tahun depan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
4cc608f3-4650-4b6d-a4c1-ca5527924b38
-

JADUAL sekolah 2022 bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah Kementerian Pendidikan (MOE) akan bermula pada 4 Januari dan berakhir 18 November.

Namun hari terakhir bagi penggal sekolah terakhir adalah 28 Oktober bagi sekolah-sekolah yang menjadi tempat di mana peperiksaan bertulis GCE peringkat 'O' diadakan, kata MOE semalam.

Bagi pelajar tahun pertama di maktab rendah (JC) dan Institut Millenia (MI) pula, jadual sekolah mereka tahun depan bermula pada 7 Februari dan berakhir 25 November.

Pelajar tahun kedua MI akan memulakan sekolah lebih awal pada 10 Januari, tetapi tahun persekolahan mereka berakhir pada tarikh yang sama.

Bagi pelajar JC tahun kedua dan pelajar tahun ketiga di MI pula, jadual sekolah mereka bermula 10 Januari tahun depan dan akan berakhir apabila peperiksaan GCE peringkat 'A' berakhir.

MOE berkata cuti sekolah bagi sekolah rendah dan sekolah menengah jatuh pada tarikh berikut:

12-20 Mac;

28 Mei - 26 Jun;

3 - 11 Sept; dan

19 Nov - 31 Dis

Pelajar JC dan MI akan mempunyai tempoh cuti yang sama, kecuali tempoh cuti akhir tahun yang bermula pada 26 November bagi pelajar tahun pertama di JC dan pelajar tahun kedua dan ketiga di MI.

Pelajar tahun akhir di JC dan MI pula akan memulakan cuti akhir tahun selepas peperiksaan GCE 'A' berakhir.

Hari-hari cuti sekolah lain termasuk 3 Januari bagi sambutan Tahun Baru yang jatuh pada Sabtu tahun depan.

Isnin, 11 Julai, yang diperuntuk sebagai hari cuti bagi Hari Raya Haji, yang jatuh pada Sabtu.

Lain-lain hari cuti yang dijadualkan termasuk Hari Belia pada 4 Julai, hari selepas Hari Kebangsaan pada 10 Ogos, Hari Guru pada 2 September dan Hari Kanak-kanak pada 7 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg