SESI pendaftaran untuk kanak-kanak yang akan memasuki Darjah Satu pada tahun depan akan mula dibuka mulai Rabu, 1 Julai hingga Jumaat, 30 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataannya.

Tarikh pendaftaran bagi fasa berbeza boleh didapatkan di laman https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/phases.

Senarai sekolah rendah dan tempat kosong akan dikemaskini di laman Pendaftaran Darjah Satu di https://www.moe.gov.sg/admissions/primary-one-registration/ mulai pertengahan Jun ini.

Melihat kepada keadaan Covid-19, tidak akan urusan pendaftaran secara peribadi di sekolah-sekolah bagi sesi pendaftaran murid kali ini.

Perubahan ke atas kaedah pendaftaran untuk Fasa 2A(1), 2A(2) and 2B akan dilakukan, sementara Fasa 1, 2C dan 2C Tambahan sebahagian besarnya akan kekal tidak berubah.

Ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di bawah Fasa 1 akan menerima dan diperlukan untuk mengemukakan borang permohonan dan dokumen relevan kepada pihak sekolah menerusi e-mel.

Sekolah rendah, di mana adik beradik lebih tua masih belajar di situ, akan terus memberi perincian kepada ibu bapa tentang bagaimana untuk mendaftarkan anak mereka di bawah Fasa 1.