Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: 386 kes baharu Covid-19; dua kes dalam masyarakat

Jun 8, 2020 | 3:17 PM
JANGKITAN VIRUS: Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini melaporkan penambahan 386 kes jangkitan Covid-19 bagi tempoh 24 jam berakhir 12 tengah hari tadi.
JANGKITAN VIRUS: Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini melaporkan penambahan 386 kes jangkitan Covid-19 bagi tempoh 24 jam berakhir 12 tengah hari tadi. - - Foto: FAIL

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) hari ini melaporkan penambahan 386 kes jangkitan Covid-19 bagi tempoh 24 jam berakhir 12 tengah hari tadi.

Menurut MOH, sebahagian besar kes jangkitan melibatkan pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama pekerja.

"Berdasarkan siasatan kami, terdapat dua kes dalam masyarakat, di mana seorang adalah warga Singapura manakala seorang lagi adalah pemegang Pas Kerja," kata MOH.

Secara keseluruhan, Singapura menghadapi 38,296 kes jangkitan koronavirus sejauh ini.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 24,877 telah dilaporkan semalam oleh MOH sebagai telah sembuh.

Pada masa ini, sebanyak 295 kes yang telah disahkan positif dirawat di hospital dengan tiga daripada mereka berada di unit jagaan rapi.

Sejumlah 12,704 pula berada di pusat pengasingan di kemudahan masyarakat.

Seramai 25 telah meninggal dunia akibat Covid-19, sementara sembilan pula yang diuji positif bagi virus tersebut telah meninggal dunia atas sebab lain.

MOH akan memberikan perincian lanjut tentang kes-kes terbaharu pada malam nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg