Topik diikuti
Pergi ke BHkuMOH: 675 kes baharu Covid-19 dicatatkan
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan sejumlah 675 kes jangkitan Covid-19 yang baru direkodkan sehingga 12 tengah hari ini.
Sebahagian besar melibatkan pekerja asing yang memegang Permit Kerja dan menginap di asrama.
Dua kes melibatkan warga Singapura/Penduduk Tetap.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan 25,346 kes.
MOH malam tadi menyatakan seramai 626 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.
Sejumlah 3,842 pesakit koronavirus telah pulih sepenuhnya sejak kes pertama dilaporkan pada 23 Januari lalu.
Di serata dunia, penularan yang bermula Disember tahun lalu telah menjangkiti lebih 4.3 juta orang.
Kira-kira 293,000 orang telah terkorban.
Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 1.4 juta kes positif jangkitan koronavirus dan 83,000 dilaporkan maut sehingga hari ini.
MOH akan memberikan butiran lanjut malam nanti.
