Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: 754 pesakit Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital

Jun 11, 2020 | 10:55 PM
Seorang warga India, berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu akibat serangan jantung dan disahkan positif Covid-19 pada 10 Jun setelah beliau dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Besar Singapura. - FOTO: Fail.
Seorang warga India, berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu akibat serangan jantung dan disahkan positif Covid-19 pada 10 Jun setelah beliau dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Besar Singapura. - FOTO: Fail. -

SERAMAI 754 pesakit Covid-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih daripada penyakit itu kepada 27,289 orang.

Ini sedang Kementerian Kesihatan (MOH) mencatatkan 422 kes jangkitan baru, 5 merupakan kes di kalangan masyarakat dan baki 416 kes melibatkan pekerja asing di asrama.

Dalam kenyataannya pada malam Khamis (11 Jun), kes di kalangan masyarakat itu melibatkan seorang warga setempat, dua pemegang pas kerja dan dua pemegang permit kerja.

Kesemua pemegang pas kerja dan permit kerja itu merupakan kes asimptomatk.

Antara mereka merupakan seorang pengawal keselamatan di sebuah dormitori di Tampines Street 62, seorang lagi dikenal pasti sewaktu ujian swab dijalankan kepada pekerja perkhidmatan penting, dan baki dua kes melibatkan individu yang tinggal serumah dengan seorang pesakit yang diuji positif sebelum ini dan sudah dikuarantin.

Selain itu, seorang warga India, berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu akibat serangan jantung.

Beliau disahkan positif Covid-19 pada 10 Jun setelah beliau dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Besar Singapura.

Secara keseluruhan, Singapura mempunyai jumlah jangkitan seramai 39,387 pesakit dan angka korban setempat tetap seramai 25 orang,

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg