Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH arahkan pembetulan Pofma ke atas pos FB mendakwa budak 3 tahun mati di KKH kerana Covid-19

Aug 15, 2021 | 7:47 PM
MOH menegaskan bahawa sehingga 14 Ogos, tidak ada kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 di mana-mana hospital di Singapura.
MOH menegaskan bahawa sehingga 14 Ogos, tidak ada kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 di mana-mana hospital di Singapura. - Foto Fail ST

Satu arahan pembetulan telah dikeluarkan ke atas satu pos Facebook yang mendakwa seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia kerana Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) supaya mengeluarkan arahan pembetulan umum kepada Facebook, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Arahan itu menuntut agar Facebook menerbitkan notis pembetulan dengan satu pautan kepada fakta untuk semua pengguna Singapura di wadah media sosialnya.

Ini sehari selepas MOH menyangkal dakwaan pos pada 14 Ogos, oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eileen Loh, yang juga mendakwa bahawa varian Covid-19, Delta Plus, kini ada di Singapura.

Kementerian itu menekankan lagi sehingga 14 Ogos, tidak ada kes kematian kanak-kanak akibat Covid-19 di mana-mana hospital di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg