Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH, AVA sedang siasat kes radang perut dan usus di Toa Payoh Sparkletots

Feb 3, 2019 | 2:37 PM
KES RADANG PERUT DAN USUS: Seramai 14 kanak-kanak daripada prasekolah Sparkletots di Toa Payoh West jatuh sakit selepas makan tengah hari di sekolah tersebut pada 1 Februari 2019.
KES RADANG PERUT DAN USUS: Seramai 14 kanak-kanak daripada prasekolah Sparkletots di Toa Payoh West jatuh sakit selepas makan tengah hari di sekolah tersebut pada 1 Februari 2019. - Foto LIANHE WANBAO

SELEPAS makan tengah hari kelmarin (1 Februari), 14 kanak-kanak di sebuah prasekolah di Toa Payoh muntah-muntah dan cirit-birit.

Jurucakap Yayasan Masyarakat PAP (PCF) yang mengendalikan prasekolah Sparkletots di Toa Payoh West itu berkata sekitar 40 murid makan hidangan yang sama sekitar 11.15 pagi.

Kanak-kanak yang terjejas, yang berusia antara tiga dengan enam tahun, mula muntah sekitar 3.30 petang hari itu.

Namun, tiada yang dimasukkan ke hospital, lapor akhbar The Straits Times.

Hari ini, jurucakap Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) berkata AVA dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang menyiasat kes radang perut dan usus di prasekolah tersebut.

Menurut jurucakap itu, 14 daripada kes itu dilaporkan telah menunjukkan tanda-tanda radang perut dan usus sehingga semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg