Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH gantung pegawai bocorkan perangkaan kes Covid-19 di S'pura

Apr 24, 2020 | 6:24 PM
- FOTO: FAIL
- FOTO: FAIL -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata pada Jumaat (24 April) bahawa ia telah menggantung tugas seorang pegawainya selepas dia disyaki membocorkan perangkaan kes harian koronavirus di Singapura, selain mengeluarkan rekod pesakit Covid-19 tanpa kebenaran.

Kakitangan awam wanita warga Singapura berusia 35 tahun itu telah diberkas di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Menyalahguna Komputer, kata polis semalam.

MOH menambah, ia kini sedang menyemak prosesnya untuk memastikan protokol keselamatan maklumat berada dalam keadaan yang betul.

"Pegawai tersebut telah digantung daripada tugas sementara siasatan polis masih dijalankan. Dia tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat rahsia kementerian," kata MOH dalam satu kenyataan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg