Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH kaji apakah IP sesuai jadi mudah alih sepenuhnya

Koh: Langkah boleh akibatkan premium perlindungan bersepadu naik jauh lebih tinggi
May 11, 2021 | 5:30 AM
Satu proses aduan tuntutan yang disokong AMS dan LIA akan diwujudkan bagi memberi peluang kepada pihak berkepentingan mendapatkan jalan keluar sekiranya mereka berasa diperlakukan secara tidak adil. Firma insurans atau pesakit, misalnya, mungkin ingin menimbulkan kebimbangan mengenai terlalu banyak perkhidmatan atau dikenakan bayaran berlebihan, sementara doktor mungkin mempunyai kebimbangan mengenai amalan tertentu firma insuran. - Foto fail
Satu proses aduan tuntutan yang disokong AMS dan LIA akan diwujudkan bagi memberi peluang kepada pihak berkepentingan mendapatkan jalan keluar sekiranya mereka berasa diperlakukan secara tidak adil. Firma insurans atau pesakit, misalnya, mungkin ingin menimbulkan kebimbangan mengenai terlalu banyak perkhidmatan atau dikenakan bayaran berlebihan, sementara doktor mungkin mempunyai kebimbangan mengenai amalan tertentu firma insuran. - Foto fail -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan mengkaji apakah pelan insurans perlindungan bersepadu (IP) boleh dijadikan mudah alih sepenuhnya, meskipun ini boleh mengakibatkan premium jauh lebih tinggi, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.

Pelan IP menawarkan perlindungan insurans privet di samping perlindungan MediShield Hayat.

Dr Koh berkata MOH akan mengkaji contoh dari luar negara.

"Namun, syarikat insurans mungkin perlu meningkatkan premium dengan ketara bagi semua pemegang polisi untuk merangkumkan harga kenaikan risiko yang dianggap bagi IP mudah alih yang meliputi keadaan perubatan sedia ada," tambah beliau.

Ini menyusuli pertikaian baru-baru ini antara Persatuan Insurans Hayat (LIA) dan Persatuan Perubatan Singapura (SMA) mengenai syarikat insurans IP yang panel mereka mempunyai jumlah pakar privet yang agak kecil.

Buat masa ini, mereka yang memilih untuk melepaskan pelan IP privet mereka boleh bergantung pada MediShield Hayat, yang menawarkan semua rakyat Singapura perlindungan sepanjang hayat tanpa pengecualian, kata Dr Koh.

MediShield Hayat meliputi semua keadaan perubatan sedia ada bagi bil perubatan besar dalam wad B2 atau C hospital pemerintah.

Sepanjang lima tahun lalu, purata 5 peratus pemegang polisi IP melepaskan IP mereka setiap tahun, menurut MOH.

Mereka mungkin memilih perlindungan lain selepas menimbangkan kos premium, sumber kewangan dan keperluan jagaan kesihatan mereka.

Usia purata mereka ialah 34 tahun, kata Dr Koh.

MOH berkata data mengenai jumlah pemegang polisi yang kemudiannya tidak membeli IP baru atau kemudian dimasukkan ke hospital awam tidak sedia ada.

Menjadikan pelan IP mudah alih akan memberikan pilihan perlindungan lebih luas kepada orang ramai tanpa dikenakan penalti.

Buat masa ini, pemegang polisi IP bebas menukar pelan tetapi isunya ialah syarikat insurans IP lazimnya tidak meliputi keadaan perubatan sedia ada.

Sementara itu, pemegang polisi IP menghadapi isu premium yang meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Dr Koh turut berkata Jawatankuasa Insurans Penjagaan Kesihatan Berbilang Pihak (MHIC) seramai 12 anggota yang dilantik bulan lalu telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 27 April.

Jawatankuasa itu merangkumi wakil daripada Akademi Perubatan Singapura (AMS), Persatuan Pengguna Singapura (Case), Jawatankuasa Penasihat Tanda Aras Bayaran (FBAC), LIA, SMA dan hospital swasta, serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebagai pemerhati.

MHIC akan memberikan keutamaan dalam empat perkara.

Ini termasuk menubuhkan proses aduan tuntutan yang disokong AMS dan LIA agar pihak berkepentingan, seperti syarikat insurans, pesakit atau doktor, boleh mengutarakan aduan jika mereka rasa dilayani secara tidak adil.

Misalnya, syarikat insurans atau pesakit yang diberikan khidmat berlebihan atau dikenakan bayaran berlebihan dalam tuntutan perubatan boleh mengutarakan keprihatinan mereka menerusi proses itu.

Jawatankuasa itu juga akan memberi tumpuan berkenaan doktor dalam panel dan prakebenaran (iaitu untuk memberi kebenaran bagi kemasukan hospital atau rawatan dan kos yang berkaitan lebih dahulu), termasuk memperkemas proses.

Ia juga akan mengutamakan isu berkaitan mempertingkat ketelusan, termasuk menyediakan maklumat bil jagaan kesihatan lebih terperinci dan disenaraikan perbelanjaannya dan menerbitkan data tentang tuntutan dan premium.

Jawatankuasa itu juga akan memeriksa isu daripada sudut pandangan pesakit dan pengguna demi memastikan kepentingan pesakit dan orang awam dilindungi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg