Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH minta doktor rujuk kes penyakit potensi radang di kalangan kekanak ke KKH, NUH

May 18, 2020 | 3:45 PM
BERJAGA-JAGA: MOH berkata sehingga 14 Mei lalu, semua kanak-kanak di hospital awam di sini yang diuji positif koronavirus hadapi sama ada gejala yang ringan atau tiada langsung bagi penyakit Covid-19.
BERJAGA-JAGA: MOH berkata sehingga 14 Mei lalu, semua kanak-kanak di hospital awam di sini yang diuji positif koronavirus hadapi sama ada gejala yang ringan atau tiada langsung bagi penyakit Covid-19. - - Foto: FAIL

DOKTOR yang menemui kanak-kanak yang mungkin mempunyai gejala gangguan daya tahan badan yang teruk kononnya berkaitan dengan Covid-19 harus melaporkan kes-kes tersebut ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).

Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama dengan kedua-dua hospital tersebut untuk memantau keadaan.

"Kami telah menasihatkan pengamal perubatan untuk merujuk kes yang berpotensi yang terdapat dengan gambaran klinikal yang menunjukkan gejala serupa Kawasaki ke Bilik Rawatan Kecemasan Kanak-kanak di KKH dan NUH, dan berhati-hati dengan keadaan ini bagi kes pediatrik yang disahkan dengan kes Covid-19," kata kementerian itu hari ini.

Ia menambah bahawa keadaan seperti itu pada kanak-kanak masih sangat jarang berlaku, dan maklumat masih baru timbul mengenai hubungannya dengan Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan Barat pada 15 Mei lalu memberi amaran kecemasan mengenai gangguan kekebalan tubuh yang teruk pada anak-anak, yang nampaknya berkaitan dengan koronavirus yang melanda dunia.

Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak - tiga di New York, dan masing-masing satu di Perancis dan Britain - telah meninggal dunia akibat sindrom itu, menurut laporan agensi berita AFP. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg