Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH perkemas proses ujian kemampuan isi rumah

Aug 31, 2022 | 5:30 AM
Damien Sanderson (kiri) dan Myles Sanderson adalah suspek serangan maut di Canada.- REUTERS
Damien Sanderson (kiri) dan Myles Sanderson adalah suspek serangan maut di Canada.- REUTERS -

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menjadikan permohonan subsidi lebih lancar dengan memperkemas proses ujian kemampuan isi rumah secara progresif.

Ini bagi menentukan subsidi yang layak di semua tempat penjagaan kesihatan.

Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata ia akan melaksanakan perubahan berkaitan rangka kerja bersubsidi di semua tempat penjagaan kesihatan seperti yang telah diumumkannya pada Mac tahun lalu.

Pada Mac tahun lalu, MOH mengumumkan tentang rangka kerja bersubsidi mengikut ujian kemampuan yang disemak semula bagi hospital akut (AH), hospital masyarakat (CH) dan klinik luar khusus (SOC).

Ini merupakan perubahan penting kepada dasar kewangan penjagaan kesihatan negara ini bagi menawarkan lebih banyak subsidi kepada pesakit yang memerlukan lebih banyak sokongan, dan menggalak pesakit mendapatkan akses jagaan di tempat penjagaan kesihatan paling sesuai.

MOH tingkat subsidi hingga 75% bagi kumpulan berpendapatan rendah

Rangka kerja yang disemak semula itu akan dilaksanakan secara berfasa termasuk:

- 1 September 2022 bagi subsidi ubat menerusi Dana Bantuan Perubatan (MAF);

- 1 November 2022 bagi jagaan pesakit dalam yang dirawat dan pembedahan hari di hospital akut (AH), dan khidmat pemulihan pesakit dalam serta khidmat akut kecil di hospital masyarakat (CH); dan

- 1 Januari 2023 bagi jagaan pesakit dalam di klinik luar khusus (SOC).

Subsidi juga bergantung kepada ujian kemampuan pendapatan isi rumah per kapita (PCHI) bagi senarai ubat piawai (SDL) di hospital akut dan masyarakat.

Kadarnya adalah antara 50 peratus dengan 75 peratus, dengan lebih banyak subsidi bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Pada masa ini, ubat di bawah SDL di hospital akut dan masyarakat mendapat subsidi pada kadar piawai sebanyak 50 peratus.

Perubahan ini akan berkuat kuasa mulai 1 November ini, bersama dengan perubahan lain pada subsidi di tempat AH dan CH.

Bagi memberi kemudahan kepada pesakit dan penyedia penjagaan kesihatan, MOH sedang memperkemas kini proses ujian kemampuan isi rumah secara progresif, dengan menggunakan data PCHI yang sudah dikira bagi pentadbiran subsidi premium MediShield Hayat.

Ini akan mengelakkan keperluan bagi permohonan subsidi berulang apabila penjagaan diminta di tempat berbeza.

Pesakit yang ingin status ujian kemampuan mereka disemak semula boleh memohon untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi institusi penjagaan kesihatan awam atau penyedia khidmat penjagaan kesihatan.

Proses ujian kemampuan isi rumah yang dikemas kini telah mula dilaksanakan bagi khidmat penjagaan jangka panjang seperti rumah rawatan sejak 1 Jun lalu.

Ini akan dilaksanakan bagi subsidi ubat dan perkhidmatan di tempat akut seperti AH, CH, SOC dan poliklinik bersama perubahan subsidi yang diumumkan sebelum ini.

Secara keseluruhannya perubahan pada skim kewangan dan subsidi akan membantu menyasar dan meningkatkan subsidi kepada mereka yang paling memerlukan, sedang kenaikan kos penjagaan kesihatan ditangani secara mampan.

Pesakit yang masih berhadapan dengan isu kemampuan di institusi penjagaan kesihatan awam boleh mendapatkan bantuan pekerja sosial perubatan bagi bantuan kewangan.

Tiada siapa yang dinafikan penjagaan kesihatan sesuai hanya kerana tidak mampu membayar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg