MOH perkenal panduan untuk doktor, institusi kesihatan dalam isu etika
Premium
MOH perkenal panduan untuk doktor, institusi kesihatan dalam isu etika
Langkah terbaru beri tumpuan pada apa yang perlu diberitahu kepada pesakit, bagaimana bantu keluarga pesakit dan apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan
Apr 2, 2019 | 5:30 AM
BENTANGKAN TANGGUNGJAWAB DOKTOR DAN INSTITUSI JAGAAN KESIHATAN KE ATAS PESAKIT: Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong berkata terdapat ketidaktentuan di kalangan karyawan perubatan selepas Mahkamah Rayuan mendapati Hospital Besar Changi (CGH) bersalah kerana tidak mengenal pasti penyakit barah seorang pesakit sebelum ia merebak. Beliau telah melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamha Noor Azlin Abdul Rahman, pagi semalam. - Foto GOV.SG -
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) akan menyediakan garis panduan yang jelas kepada doktor dan institusi jagaan kesihatan tentang tanggungjawab beretika dan undang-undang.
Ini khususnya tentang apa yang dimaksudkan dengan izin maklum, apa yang perlu diberitahu kepada pesakit, bagaimana untuk membantu keluarga pesakit dan apa yang perlu dilakukan dalam kecemasan.

