Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH pertingkat Geran Penjagaan Di Rumah kepada $400

Mar 10, 2023 | 5:30 AM
DAPAT PERHATIAN: Kisah Encik Abdul Majid Khairon (kiri), 62 tahun, dan isteri, Cik Norsimah, yang menjadi penjaganya, mendapat perhatian Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. Mereka adalah antara keluarga yang akan meraih manfaat daripada peningkatan HCG ini. Menurut Cik Rahayu, Encik Majid telah menerima HCG sejak Jun 2022. - Foto AIC
DAPAT PERHATIAN: Kisah Encik Abdul Majid Khairon (kiri), 62 tahun, dan isteri, Cik Norsimah, yang menjadi penjaganya, mendapat perhatian Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. Mereka adalah antara keluarga yang akan meraih manfaat daripada peningkatan HCG ini. Menurut Cik Rahayu, Encik Majid telah menerima HCG sejak Jun 2022. - Foto AIC -

BAGI menyokong golongan penjaga, Kementerian Kesihatan (MOH) telah mempertingkat Geran Penjagaan Di Rumah (HCG) dengan menambahnya daripada $200 sebulan kepada $400 sebulan mulai Mac.

Menjelaskan demikian dalam hantaran Facebook dan Instagram pada Khamis, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata lebih banyak bantuan akan diberi kepada keluarga berpendapatan rendah.

"Kami berharap usaha ini akan membantu meringankan beban penjaga dan keluarga mereka," katanya.

Awal daripada itu, Cik Rahayu menjelaskan tugas menjaga pesakit dan warga emas bukanlah sesuatu perjalanan hidup yang mudah. Sewaktu sesi perbincangan bagi pembangunan wanita, ramai penjaga secara jujur berkongsi kisah dan pengorbanan mereka.

Penerima yang layak akan menerima surat daripada Agensi Jagaan Bersepadu (AIC Singapore) menjelang akhir Mac yang memberikan butiran lanjut. Keterangan lanjut tentang HCG boleh diperolehi dengan menghubungi AIC atau melungsur laman www.aic.sg/financial-assistance/home-caregiving-grant.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg