SEBANYAK 618 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), kebanyakannya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Sementara itu, warga Singapura dan Penduduk Tetap membentuk tujuh kes baru.
Ini bermakna terdapat 12,693 kes jangkitan Covid-19, dengan 12 kematian di Singapura sejauh ini.
Perincian lanjut akan hanya diketengahkan nanti, kata MOH.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg