Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: S'pura akan terima vaksin Covid-19 Comirnaty, juga buatan Pfizer-BioNTech

Jun 24, 2021 | 5:30 AM
8c53188d-d2e7-4d6f-9481-e87d06b80f95
-

SINGAPURA akan menerima kumpulan vaksin Covid-19 yang dipanggil Comirnaty, sedang negara ini meningkatkan bekalannya agar seramai mungkin orang dapat divaksin.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata dalam satu kenyataan semalam vaksin itu sama dengan vaksin Pfizer-BioNTech yang digunakan sekarang dalam program vaksinasi nasional.

Ia mempunyai nama penyelidikan sama, iaitu BNT162b2, kata MOH.

Vaksin Comirnaty dihasilkan mengikut proses dan prosedur sama dan memenuhi spesifikasi produk sudah siap yang sama seperti vaksin Pfizer-BioNTech, tambah kementerian itu.

Ia juga dihasilkan di Eropah dan dihantar secara langsung ke Singapura.

Perbezaannya hanya terletak pada labelnya.

Ini kerana vaksin Pfizer-BioNtech yang digunakan di Singapura dihasilkan di pelbagai lokasi serata Eropah dan diberi label mengikut kelulusan badan kawal selia di pelbagai pasaran, jelas MOH.

Oleh itu, MOH akan menyesuaikan rekod HealthHub individu yang telah menerima atau akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech atau vaksin Comirnaty.

Vaksin itu akan diberi label sebagai Pfizer-BioNTech/Comirnaty dalam rekod.

Moderna ialah satu lagi vaksin mRNA (messenger ribonucleic acid) yang kini digunakan di Singapura dan diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Vaksin Sinovac masih tidak didaftarkan di sini dan tidak diluluskan HSA bagi penggunaan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik, tetapi ia boleh diberi di 24 klinik jagaan kesihatan swasta.

Vaksin Sinovac disediakan hanya di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas dan oleh itu, tidak akan dirangkumkan di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin bagi program vaksinasi nasional.

Singapura menyasar memvaksin sepenuhnya separuh penduduknya menjelang Ogos dan sekurang-kurangnya 75 peratus menjelang Oktober.

Hingga Sabtu lalu, lebih separuh penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sekitar 36 peratus telah selesai menerima kedua-dua dos vaksin mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg