Topic followed successfully
Go to BHkuMOH terang sebab pengecualian kes import Covid-19
MOH terang sebab pengecualian kes import Covid-19
MOH terang sebab pengecualian kes import Covid-19
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) menerangkan bahawa kes pelawat yang dibenarkan masuk ke Singapura adalah disebabkan pengecualian yang diberikan ke atasnya.
Menurut MOH, ia disebabkan oleh alasan perubatan.
Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, MOH menerangkan:
Mulai 2359 malam, 23 Mac, semua pelawat jangka pendek tidak dibenarkan masuk atau singgah (transit) melalui Singapura.
Kes jangkitan Covid-19 yang diimport yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) semalam (14 Jun) adalah kerana pesakit telah diberikan pengecualian dari sekatan kemasukan perjalanan oleh MOH berdasarkan alasan perubatan.
Beliau berada di bawah jagaan doktor di Mount Elizabeth Hospital dan dua pembedahan dilakukan sebelumnya di Singapura.
Beliau perlu mendapatkan rawatan perubatan pakar susulan di Singapura kerana menghadapi komplikasi perubatan dan tidak memberikan respons yang baik terhadap rawatan di negara asalnya.
Beliau ditempatkan di hotel yang dikhususkan untuk pematuhan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) semasa tiba di Singapura.
Beliau dihantar dari lapangan terbang ke hotelnya melalui kenderaan khusus, dan hanya dapat meninggalkan tempat kediamannya yang ditentukan untuk mendapatkan nasihat perubatan dan langkah susulan.

