Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH: Tidak benar varian Omicron XBB.1.16 lebih toksik, punya kadar kematian lebih tinggi

Apr 18, 2023 | 8:28 PM
MESEJ PALSU: Kementerian Kesihatan (MOH) berkata mesej dalam bahasa Melayu di WhatsApp ini palsu, dan ia menasihatkan orang ramai merujuk kepada sumber berwibawa.
MESEJ PALSU: Kementerian Kesihatan (MOH) berkata mesej dalam bahasa Melayu di WhatsApp ini palsu, dan ia menasihatkan orang ramai merujuk kepada sumber berwibawa. - - Foto TANGKAP LAYAR WHATSAPP

​SEBUAH mesej yang tular di WhatsApp bahawa subvarian Omicron XBB.1.16 Covid-19 "lima kali lebih toksik daripada varian Delta", "sukar dikesan", dan "mempunyai kadar kematian lebih tinggi" adalah tidak benar kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam satu kenyataan kepada Berita Harian pada Selasa, MOH berkata mesej dalam bahasa Melayu itu adalah palsu dan kementerian itu menasihatkan orang ramai merujuk kepada sumber berwibawa.

Data antarabangsa dan tempatan menunjukkan subvarian Omicron XBB lebih ringan daripada varian Delta, dan tidak mempunyai kadar kematian lebih tinggi, ujar MOH.

Ia menambah bahawa ujian Covid-19 semasa dapat mengesan jangkitan Covid-19, termasuk strain XBB, dan daripada semua jenis dalam masyarakat tempatan sekarang, tidak ada jenis dominan yang jelas.

Selain itu, tiada bukti menunjukkan mana-mana daripada jenis itu menyebabkan penyakit lebih teruk.

Walaupun Singapura kini di tengah-tengah gelombang baru jangkitan Covid-19, kemasukan ICU kekal stabil dan rendah, iaitu kurang 10 pesakit Covid-19 di unit jagaan rapi (ICU) pada satu-satu masa sepanjang bulan Mac.

MOH menasihati orang ramai supaya merujuk kepada sumber maklumat boleh dipercayai dan melayari www.moh.gov.sg bagi maklumat terkini tentang Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg