Mohamed Khair, Calvin Cheng hurai kes saman fitnah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mohamed Khair, Calvin Cheng hurai kes saman fitnah

Feb 27, 2026 | 6:32 PM

Mohamed Khair, Calvin Cheng hurai kes saman fitnah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
saman fitnah, Mohd Khair Md Noor, Calvin Cheng
Mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng (kiri), dan Pengerusi Eksekutif dan perunding utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd, Encik Mohamed Khair Mohamed Noor (kanan), bertemu pada hujung 2025 untuk menghuraikan kes saman fitnah yang dikemukakan Encik Cheng terhadap Encik Khair. - Foto fail, TANGKAP LAYAR FACEBOOK CALVIN CHENG

Pengerusi Eksekutif dan perunding utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd, Encik Mohamed Khair Mohamed Noor, telah menarik balik kenyataannya mengenai mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng, dan memohon maaf bagi kenyataan tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook akaun Encik Khair pada 26 Februari, beliau berkata keputusan itu dicapai setelah kedua-dua pihak bertemu untuk menyelesaikan perkara itu pada akhir 2025.

“Dalam semangat muhibah, saya telah menurunkan hantaran-hantaran Facebook tersebut. Saya menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan yang telah saya buat.

“Setelah mendengar penjelasan Encik Cheng, saya juga menerima bahawa beliau bukan seorang yang bersifat perkauman mahupun seorang yang benci Islam.

“Setelah bertemu dengan Encik Cheng, kami bersetuju untuk menganggap perkara ini selesai dan tidak akan membuat sebarang ulasan lanjut di khalayak ramai,” tulis Encik Khair.

Mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng
Mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Calvin Cheng - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK CALVIN CHENG

Memberi respons di Facebook, Encik Calvin Cheng berkongsi semula hantaran tersebut dan menyifatkan Encik Mohd Khair sebagai seorang individu yang budiman dan bermaruah.

“Saya telah bertemu Encik Mohd Khair. Beliau seorang ‘gentleman’, serta individu yang berjaya dan bermaruah.

“Saya menghormatinya dan berterima kasih kepadanya atas perkara ini,” ujar Encik Cheng.

Pada Mac 2025, Encik Cheng membuat kenyataan di Facebook mengkritik aktivis pro-Palestin yang mengganggu Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di beberapa tempat, dan beliau berkata akan menaja mereka untuk dipindahkan ke Gaza, dengan syarat mereka tidak kembali ke Singapura.

Komen itu mencetus kemarahan orang ramai, antaranya yang menganggap komennya itu sebagai tidak sensitif dan menyakiti masyarakat Melayu/Islam.

Pada 9 April 2025, Encik Cheng telah bertemu Encik Khair untuk meluahkan rasa sesal yang mendalam atas kenyataan yang dibuatnya, dan Encik Cheng turut akur beliau sepatutnya lebih sensitif.

Di tengah-tengah kontroversi itu, Encik Khair menerbitkan beberapa hantaran di Facebook mengenai Encik Cheng, yang kemudian mengemukakan saman fitnah terhadap Encik Khair bagi komennya.

Encik Khair berkata beliau memfailkan pembelaan, dan kemudian menemui Encik Cheng pada hujung 2025 untuk menghuraikan isu tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg