Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOM bakal kuat kuasa pematuhan keperluan gaji progresif: See Leng

Jan 11, 2023 | 5:30 AM
BANTU PEKERJA: Menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, MOM akan menguat kuasakan pematuhan terhadap keperluan gaji progresif melalui pemeriksaan dan siasatan aduan. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
BANTU PEKERJA: Menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, MOM akan menguat kuasakan pematuhan terhadap keperluan gaji progresif melalui pemeriksaan dan siasatan aduan. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

PARA majikan dikehendaki membayar pekerja yang layak menerima gaji progresif yang dikenakan berdasarkan skop pekerjaan setiap pekerja.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan menguat kuasakan pematuhan terhadap keperluan ini melalui pemeriksaan dan siasatan aduan, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Dr Tan berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan oleh Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen kelmarin.

Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) itu telah bertanya sama ada pihak MOM menjejaki corak pampasan pekerja bagi firma yang telah mengamalkan Model Gaji Progresif (PWM), dan khususnya, sama ada kementerian telah mengesan sebarang usaha sistematik untuk mengurangkan jumlah pampasan yang dikeluarkan syarikat kepada para pekerja, sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan PWM.

Dr Tan berkata bahawa majikan boleh menghadapi penggantungan pas kerja jika mereka didapati tidak mematuhi keperluan gaji progresif.

Penguatkuasaan itu turut dilengkapi dengan pendidikan, supaya majikan sedar tentang keperluan itu.

Majikan boleh membuat keputusan mengenai struktur pampasan keseluruhan pekerja, dengan syarat keperluan gaji progresif dipatuhi.

Dibangunkan oleh jawatankuasa tiga pihak yang terdiri daripada kesatuan sekerja, majikan dan pihak pemerintah, PWM membantu menaikkan gaji pekerja yang bergaji rendah.

Ia meliputi warga Singapura dan penduduk tetap dalam sektor seperti pembersihan, keselamatan, landskap, lif dan tangga bergerak, serta peranan pekerjaan runcit.

Sejak pendekatan gaji progresif diperluas tahun lalu, MOM tidak menemui sebarang kes berasas syarikat yang mengurangkan jumlah pampasan kepada para pekerja sebagai respons kepada keperluan gaji progresif.

"Dalam pasaran buruh yang ketat, ia bukan kepentingan majikan untuk melakukan demikian.

"Mereka yang melakukan kesalahan sedemikian berkemungkinan tidak akan dapat menarik dan mengekalkan pekerja mereka," kata Dr Tan.

Beliau menambah bahawa gaji progresif meningkat setiap tahun mengikut jadual yang dirundingkan secara konsensus tiga pihak, yang memastikan para pekerja melihat kenaikan gaji yang bermakna dari masa ke masa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2021, gaji bulanan kasar median sebenar para pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja penyenggaraan landskap tumbuh pada kadar purata kumulatif 13 peratus, lebih pantas daripada pekerja median pada 10 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg