Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOM kesali tindakan Eagle Services Asia hentikan pekerja tanpa rujukan kesatuan

Jul 29, 2020 | 9:37 PM
LANGKAH PEMBUANGAN KERJA TIDAK ADIL: Eagle Services Asia Private Limited mengambil langkah yang tidak sejajar dengan Penyata Nasihat Tiga Perikatan. Penyata itu antara lain menggariskan pesanan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) agar majikan merujuk kepada kesatuan mereka dalam operasi pemberhentian kerja dengan harapan pertikaian dapat dihurai secara damai. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
LANGKAH PEMBUANGAN KERJA TIDAK ADIL: Eagle Services Asia Private Limited mengambil langkah yang tidak sejajar dengan Penyata Nasihat Tiga Perikatan. Penyata itu antara lain menggariskan pesanan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) agar majikan merujuk kepada kesatuan mereka dalam operasi pemberhentian kerja dengan harapan pertikaian dapat dihurai secara damai. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) menyesali langkah syarikat penyelenggaraan dan pembaikan pesawat Eagle Services Asia Private Limited (ESA) mengambil keputusan sendiri dalam memberhentikan pekerja secara tidak adil tanpa merujuk kepada pihak kesatuan sedang perbincangan masih lagi dijalankan.

Dalam kenyataannya malam ini (Rabu, 29 Julai), MOM berkata pihaknya menyedari ESA sudah dalam perbincangan bersama pihak kesatuan bagi memastikan proses memberhentikan kerja dibuat dengan saksama.

Justeru, malang sekali apabila ESA mengambil langkah yang tidak sejajar dengan Penyata Nasihat Tiga Perikatan di mana MOM menggariskan pesanan agar majikan merujuk kepada kesatuan mereka (dalam hal pemberhentian kerja) dengan harapan pertikaian dapat dihurai secara damai.

MOM menambah pihaknya memahami dan berasa ihsan terhadap rungutan pekerja.

"Kami gembira ESA mengambil langkah bagi membetulkan keputusan awal mereka dan seterusnya mampu mencapai persetujuan secara baik dengan pihak kesatuan bagi menangani keprihatinan pekerja sambil mengekalkan hubungan tiga hala yang baik.

"Seandainya pembuangan kerja tidak dapat dielakkan, kami menjangkakan pihak majikan akan melakukannya secara adil dan penuh tanggungjawab serta melayan pekerja dengan akur pada maruah mereka serta dengan rasa hormat. Jika pihak kesatuan terlibat, mereka harus mendekati pekerja lebih awal dan berurusan dengan mereka secara damai bagi menghurai isu pekerja," jelas kenyataan itu lagi.

MOM juga mengingatkan majikan agar berpandukan Penyata Nasihat Tiga Perikatan dalam Mengurus Tenaga Kerja Lebihan dan Pembuangan Kerja Bertanggungjawab sewaktu tempoh pemberhentian kerja di samping menyediakan bantuan secukupnya buat pekerja yang terjejas di samping mengekalkan teras kesingapuraan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg