Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOM mulakan skim lawatan ke rumah bagi tinjau kebajikan pembantu domestik

Apr 26, 2021 | 4:19 PM
USAHA PANTAU KEBAJIKAN PEMBANTU RUMAH: Dua pegawai penguatkuasaan yang ditugaskan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam skim baru berkunjung ke rumah yang menggajikan pembantu rumah asing bagi berbual dengan majikan dan pembantu untuk tinjau kesejahteraan kerja dan hidup seharian mereka. - Foto BH oleh GIN TAY
USAHA PANTAU KEBAJIKAN PEMBANTU RUMAH: Dua pegawai penguatkuasaan yang ditugaskan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam skim baru berkunjung ke rumah yang menggajikan pembantu rumah asing bagi berbual dengan majikan dan pembantu untuk tinjau kesejahteraan kerja dan hidup seharian mereka. - Foto BH oleh GIN TAY -

PEMBANTU rumah di Singapura kian mendapat lebih banyak sokongan dalam memastikan majikan mereka melayan mereka dengan baik menerusi kunjungan ke rumah yang dikendalikan pegawai yang ditugaskan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Di bawah satu inisiatif baru yang bermula 5 April lalu, pegawai ini bertemu pembantu rumah dan majikannya di rumah mereka. Sewaktu lawatan itu, taklimat mengenai keadaan pekerjaan yang selamat dan saluran di mana pembantu rumah boleh mendapatkan bantuan jika diperlukan akan disampaikan.

Menurut MOM dalam kenyataannya pada Isnin (26 April), pegawai yang ditugaskan akan juga memeriksa keadaan penginapan dan pekerjaan pembantu rumah berkenaan dalam lawatan yang dijalankan.

MOM juga menambah ia bercadang mengunjungi 200 rumah setiap bulan.

Langkah ini diambil menyusuli beberapa kes penderaan pembantu rumah asing yang kadangkala membawa pada kematian mereka, sesuatu yang dilaporkan di akhbar sejak akhir-akhir ini.

Pada Februari, suri rumah Gaiyathiri Murugayan mengaku membiarkan pembantu rumah Myanmar, Piang Ngaih Don, 24 tahun, kebuluran dan terseksa, membawa pada kematiannya.

Pada November tahun lalu pula, seorang wanita secara berulang kali mendera seorang pembantu rumah Indonesia yang digajikan keluarganya. Wanita itu kemudian melarikan diri menerusi balkoni dan menuruni 15 tingkat flat itu.

Majikan berkenaan dihukum penjara 10 bulan, dua minggu.

Jurucakap MOM, dalam pada itu, berkata pegawai yang ditugaskan juga akan dilatih mencari tanda-tanda tersembunyi yang tidak diluahkan pembantu rumah berkenaan yang membawa pada pelanggaran kondisi kerja yang tidak adil, sesuatu yang akan ditinjau MOM sebagai susulan.

Jika wujud penderaan, polis akan diberitahu.

Selain kunjungan ke rumah itu, MOM juga akan bekerjasama dnegan Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) bagi melanjutkan sesi wawancara dengan pembantu rumah yang buat kali pertamanya bertugas di sini. Ini satu cara mereka boleh melahirkan sebarang keprihatinan dan isu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg