MOM semak rangka hukuman majikan langgar peraturan kerah amah
Premium
MOM semak rangka hukuman majikan langgar peraturan kerah amah
Oct 6, 2020 | 5:30 AM
CIK GAN SIOW HUANG. -
KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan menyemak rangka kerja penaltinya bagi majikan yang mengerah pembantu rumah mereka bekerja di tempat lain secara terlarang.
Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) Gan Siow Huang berkata semalam tindakan akan diambil terhadap majikan dalam kes yang serupa dengan kes melibatkan bekas pembantu rumah Parti Liyani, tanpa mengira sama ada mereka sedar pembantu rumah mereka itu dikerah ke tempat lain secara terlarang atau tidak.

