MESKIPUN pasaran kerja mencatat prestasi baik tahun lalu, masih terdapat golongan pekerja yang mencari pekerjaan atau kemajuan kerjaya, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, dalam mesej Hari Pekerja semalam.

Tahun lalu menyaksikan kadar pengambilan kerja tempatan mencatat pertumbuhan kukuh, kadar pengangguran dan kadar pemberhentian pekerja berkurangan dan gaji meningkat.