Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

MOT labur $1b bina prasarana, jadikan jalan raya mesra pengguna

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOT labur $1b bina prasarana, jadikan jalan raya mesra pengguna

Mar 05, 2024 | 07:11 PM



Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperuntukkan pembiayaan tambahan sebanyak sekitar $1 bilion sepanjang 10 tahun akan datang untuk mengembangkan inisiatif jalan raya ‘lebih mesra’ dan membina lebih banyak prasarana untuk pengguna.

Mengumumkan demikian di Parlimen pada 5 Mac, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata inisiatif jalan raya ‘lebih mesra’ yang dipanggil Laluan Mesra itu akan dikembangkan ke semua bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang 2030, serta estet perumahan privet dengan kawasan kegiatan tinggi dan kemudahan utama yang berdekatan.

Daya usaha Laluan Mesra, yang diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) 2023, bertujuan menjadikan pengalaman berjalan kaki di kawasan kejiranan lebih selamat dan selesa, serta jalan raya lebih mesra pejalan kaki, katanya.

Daya usaha itu telah dirintis di lima kawasan, dengan kerja telah dimulakan di Bukit Batok West, Ang Mo Kio dan Tampines, dan akan dimulakan di Toa Payoh dan West Coast dalam separuh pertama 2024.

Apabila selesai kelak, penduduk akan meraih manfaat daripada ciri menenangkan lalu lintas seperti bonggol jalan, dan ciri inklusif seperti lintasan bebas halangan dan perhentian bas yang dinaik taraf.

Mulai 2024, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memulakan pendampingan di 10 lagi Laluan Mesra di Bedok, Buangkok, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Jurong East, Pek Kio, Punggol, Holland/Buona Vista, Sembawang dan Tiong Bahru/Havelock.

Lokasi itu dipilih kerana mempunyai perkadaran warga emas atau keluarga muda yang lebih tinggi, kata Dr Khor.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan masyarakat untuk melaksanakan ciri-ciri bagi memenuhi keperluan penduduk. Sebagai contoh, Laluan Mesra di Sembawang yang akan datang akan memberi keluarga muda di kawasan itu pengalaman berjalan kaki yang lebih selamat dan selesa antara stesen MRT, pusat tukaran bas dan Hab Masyarakat Bukit Canberra,” katanya.

Sementara itu, bagi membantu warga emas kekal aktif dan terhubung secara sosial, serta bagi meningkatkan pengalaman pejalan kaki, LTA akan membangunkan prasarana berjalan kaki sepanjang 10 tahun akan datang.

Antara lain, ia akan membina lebih banyak laluan pejalan kaki berbumbung untuk menghubungkan stesen MRT ke lebih banyak Laluan Mesra dan beberapa kemudahan utama berdekatan yang berada dalam lingkungan 800 meter.

Ini satu peningkatan berbanding laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang sekitar 285 kilometer yang menghubungkan nod pengangkutan besar kepada kemudahan utama dalam lingkungan 400 meter.

LTA juga akan menaik taraf lebih banyak perhentian bas dengan ciri mesra warga emas. Ini termasuk menyediakan tempat duduk tambahan dengan tempat bersandar dan ruang meletak tangan, serta memastikan akses bagi kerusi roda.

Ia juga akan memasang lif di lebih banyak jejantas berbumbung. Ini bagi memberi akses bebas halangan terutama bagi jejantas yang terletak dekat nod pengangkutan awam dan institusi penjagaan kesihatan.

Selain itu, LTA akan meneruskan kerja mengubah penggunaan jalan raya bagi mengutamakan ruang jalan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Di Zion Road, LTA akan meluaskan laluan berjalan kaki dan menyediakan laluan berbasikal baru dengan mengubah dua daripada enam laluan jalan raya bagi meningkatkan pengalaman berjalan kaki dan berbasikal.

Di Sims Place, LTA akan mengubah dua daripada empat lorong jalan raya untuk melebarkan laluan pejalan kaki dan menyediakan laluan berbasikal, serta membina laluan pejalan kaki berbumbung ke kemudahan seperti Pasar dan Pusat Makanan Sims Vista.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >