Tekanan menjelang pertandingan pernah menyebabkan perenang para negara, Moza Alyka Baihakki, terlupa cara melakukan kuak dada sehingga terpaksa menonton video untuk membantu dirinya mengingatkan kembali gaya renang itu.

Pengalaman luar biasa itu berlaku ketika atlet berusia 15 tahun tersebut turut berdepan dengan tuntutan pelajaran, termasuk peperiksaan yang dijadual berlangsung pada keesokan harinya.