Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MPA: 5 kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura pada hari Rabu

Jan 10, 2019 | 11:22 PM
ISU SEMPADAN PERAIRAN: Encik Osman berkongsi gambar beliau melawat pegawai Jabatan Laut Malaysia di MV Pedoman yang berada di perairan Singapura pada 9 Januari 2018.
ISU SEMPADAN PERAIRAN: Encik Osman berkongsi gambar beliau melawat pegawai Jabatan Laut Malaysia di MV Pedoman yang berada di perairan Singapura pada 9 Januari 2018. - Foto FACEBOOK/OSMAN SAPIAN

SEBANYAK lima kapal kerajaan Malaysia memasuki perairan Singapura dekat Tuas sehingga semalam (9 Januari), menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Menjawab pertanyaan media, MPA turut mengesahkan bahawa dua daripadanya terus berada di perairan Singapura sehingga 6 petang tadi, berbanding lima kapal sehingga 6 petang semalam.

Menerusi laman Facebook beliau semalam, Menteri Besar Johor Osman Sapian turut memuat naik gambar beliau melawat pegawai Jabatan Laut Malaysia di kapal MV Pedoman, yang berada di perairan Singapura.

Beliau melakukan demikian sehari selepas menteri ehwal luar dari Malaysia dan Singapura bertemu di sini dan bersetuju untuk membentuk sebuah kumpulan kerja bagi mengkaji dan berbincang tentang isu sempadan maritim.

Kumpulan kerja yang diterajui Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura Encik Chee Wee Kiong dan Setiausaha Agung Kementerian Luar Malaysia Datuk Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaacob itu turut dianggotai pegawai kanan relevan dari kededua negara.

Kumpulan kerja itu ditugaskan menyampaikan laporannya kepada menteri ehwal luar kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan.

Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan perlunya memastikan situasi kekal tenang bagi membolehkan perbincangan diadakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg