Premium
MPA adakan latihan tumpahan minyak
Sep 30, 2020 | 5:30 AM
LATIHAN TUMPAHAN MINYAK: Kapal tangki minyak (kanan) yang menumpahkan minyak disimbah air oleh kapal Mass Rescue Vessel dan Rapid Response Fire Vessel SCDF sewaktu latihan tumpahan minyak secara bersama semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
PENGUASA Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), semalam, telah mengadakan latihan tumpahan minyak bersama di Raffles Anchorage untuk menguji tindak balas dan penyelarasan antara agensi terhadap kejadian tumpahan minyak di Pelabuhan Singapura.
Sewaktu latihan tahun ini, agensi yang terlibat termasuk Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), melaksanakan pelan tindak balas bagi insiden di luar jangkaan yang merangkumi langkah berjaga-jaga Covid-19.

